Isnin, 16 April 2012

Nury Institut

Saya tertarik dgn 1 artikel dr blog arwah Dato' Dr. Noor Laily bt. Dato' Abu Bakar. Sygnya Dr telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 2011. Bru berangan-angan nk bwa darwisy ke Nury Institut tp xda rzki. Namun kini Nury Institut diambil alih oleh ank perempuan beliat iaitu Dr Zaza.


Artikel Dato' Dr. Noor Laily bt. Dato' Abu Bakar:

MENGAPA DI NURY KAMI PERCAYA "ANAK ISTIMEWA" BOLEH DIPULIHKAN


Selama hampir dua puluh lima tahun kami melaksanakan program NURY, kami amat yakin dan percaya bahawa anak ‘normal” boleh dicemerlangkan dan anak istimewa boleh dipulihkan kerana ramai anak-anak yang sedemikian telah berjaya dibawa oleh ibu bapa mereka. Dengan izin Allah, pulih dan balik ke alam manusia. Selalunya yang telah menjejak tempat Universiti dan ada pula yang cukup cekap selalunya boleh membantu menguruskan syarikat ayah atau keluarga mereka.

Apa yang penting sebagai orang Islam, kita percaya bahawa “tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya dan tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaiannya”. Yang penting sekali Allah SWT telah menganugerahkan kita fitrah atau potensi untuk setiap anak manusia, tidak kira ditahap mana dia bermula dengan fitrah atau potensi, melalui baka manusia (baka homo sapiens) untuk dibangunkan menjadi manusia pada erti kata yang sebenarnya.

Waktu saya belajar di Universiti dalam Ilmu Kedoktoran dan seterusnya bertugas di hospital di Kementerian Klinikal sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak dan seterusnya sebagai Ketua Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara. Segala ilmu yang saya perolehi membawa kearah yang negatif kepada orang-orang yang cacat atau terencat akal yang sekarang diberi nama orang kurang upaya atau OKU. Semua orang berkata mereka tidak boleh dipulihkan dan ibu bapa mesti menerima hakikat ini. Saya tidak percaya dengan amalan ini dan dengan itulah sampai sekeliling dunia. Saya mencari ilmu ini setelah saya bertemu dengan Dr Glenn Doman dan Institut Pembangunan Potensi Manusia di Philadelphia, Amerika Syarikat..

Waktu saya mula bertemu Dr Glenn Doman, beliau telah melaksanakan program anak istimewa dan anak cemerlang ini hampir 20 tahun. Saya kagum dengan kejayaan ini dan mahu beliau mengajar saya. Sekarang NURY hampir mencecah usia 22 tahun Julai 2006 ini dan Institut Pembangunan Potensi Manusia akan 51 tahun, May 2006 ini. Mengapa ramai lagi orang yang tidak percaya dan malahan mentertawakan kami dan kadang-kadang menyindirkan pula?? Tetapi lagi ramai ibu bapa yang telah di anugerah dengan anak seperti ini, mereka akan berusaha juga mencari apa jua rawatan yang akan memulihkan anak mereka. Alhamdulillah rupanya ramai orang yang mempunyai sikap terbuka dan kadang-kadang dari jauh mereka datang mencari kami. Mereka yang membaca artikel dalam majalah ini juga telah ramai menghubungi kami. Terima kasih Majalah Mingguan Wanita. Dengan itu, perkara pertama yang menyakinkan kami ialah bagaimana kami merawat anak ini dengan menggunakan ibu bapa mereka dan ahli keluarga sebagai pendidik utama dan pertama.

Sebab kedua, kami yakin anak-anak ini boleh dipulihkan iaitu kami yakin sekali dengan anugerah Allah s.w.t kepada manusia iaitu fitrah di alam baka manusia yang telah ditetapkan bahawa setiap anak manusia boleh diberikan sokongan menjadi khalifah di bumi Allah. (surah Attin). Ibu bapa dan ahli keluarga mesti yakin dan percaya dengan fitrah ini dan dengan itu sanggup berkorban apa jua untuk mencapai merealisasikan fitrah ini.

Apa yang mesti dipulihkan oleh ibubapa ialah ilmu dan teknologi yang tepat, betul, jelas dan tidak mengelirukan. Mereka yang telah menerokai bidang penyelidikan tentang baka manusia, ilmu neurofisiologi dan ilmu sains orthomolecular manusia telah mengesahkan bahawa pembangunan anak manusia adalah pembangunan otak dan system sarafnya, dan kapasiti yang telah dianugerah oleh Allah s.w.t kepada manusia melebihi kemampuan yang mencapai tahap Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Malah sekiranya sebelah otaknya telah cedera oleh apa jua sebab, ada sebelah lagi yang boleh dibekalkan oleh ibubapa dengan faktor-faktor yang boleh mengatasi kecederaan otak.

Bayangkan satu otak manusia boleh diisi dengan maklumat 125,000,000 kali ganda bahan-bahan yang ada dalam encyclopedia Britannica atau World Book. Ini wujud dari anak ini 3 bulan dalam kandungan iaitu dari saat roh lagi ditiup kedalam jasadnya pada umurnya 120 hari dalam kandungan.

Tapi apa yang mengkagumkan kami ialah dalam era yang sedang membangun dengan pesat ini, di mana manusia ramai yang materialistic atau kebendaan, wang ringgit, rumah yang indah, kereta yang mahal.Rupanya ramai lagi yang masih sayangkan anak mereka dan sanggup cahaya mata anugerah Allah s.w.t kepada mereka itu, di bawa balik ke alam manusia.

Kadang-kadang saya pernah disoal mengapa kedua ibu bapa mesti ikut kursus kami dan tahu bagaimana hendak mendidik anak-anak kami. Terasa bodoh pula!!!.Saya dulu begitu juga, kalaulah saya tahu ilmu ini waktu saya membesarkan anak-anak saya dulu alangkah baiknya.Tetapi anak-anak saya lebih bertuah kerana boleh menggunakan ilmu ini untuk mendidik cucu-cucu saya insyaAllah.Tetapi arwah ibu dan ayah saya pula tidak ada ilmu ini, tetapi secara warisan telah diturunkan ilmu mendidik anak, sehingga saya menjadi saya.

Umpamanya, berapa orang ibu dan ayah menimang anak kecil mereka sebelum pergi kerja dan menyanyi?:

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Dah pandai baca kitab.

Masalahnya kita tidak tahu dan waktu pagi lagi kita terkejar-kejar untuk pergi bekerja.Di waktu pulang pula, kita sudah letih dan anak-anak pula sudah tidur.

Ayah dan ibu saya dulu jarang sekali bercakap dengan perkataan yang negatif seperti:
“ anak demam” arwah mak akan berkata “anak itu bukan demam” tetapi nak melangkah setapak lagi. Kalau anak itu memanjat dan jatuh dia ulang sekali ayat anak itu jahat atau nakal tetapi perkataan yang digunakan “kes semulajadi” kerana perkataan-perkataan yang negatif itu dianggap sebagai semulajadi.

Jadi sekiranya orang “OKU” terus dilabel “OKU” mereka akan “OKU” lah semasa hidupnya.Malah dengan ilmu dan teknologi yang telah memberi kejayaan kepada anak-anak istimewa, kami telah menggunakan ilmu dan teknologi yang sama untuk orang dewasa yang diserang angin ahmar dan lain-lain penyakit kronik termasuk kanser.

Saya dan NURY masih belum diterima orang secara menyeluruh.Apa sebabnya? Saya pun tidak tahu.Mungkin belum sampai masanya lagi. Tetapi insyaAllah saya dan NURY akan terus berusaha. Dengan ramai lagi pembacaan majalah ini ramai lagilah yang akan mengenali NURY dan mencari kami di Bukit Antarabangsa ini.

1 Comment:

  1. Unknown said...
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Post a Comment