Isnin, 9 April 2012

AnaKku puTeRa HarRaz DarWisY

Anakku Putera Harraz Darwisy 
Tatkala menatap wajahmu terasa benar sinar cinta dan sayang ini..
Seperti hadirnya cahaya yang lebih besar nilainya dari sang suria..
Kehadiranmu menjadi suatu cerita yang indah dalam sejarah kehidupanku..
Seakan aku tidak mahu melihat tubuhmu membesar dewasa...
dan takkan mampu melepaskan dikau diruangan kehidupan ini..
takut akan dikau berhadapan dengan derita.. dan jika itu terjadi, ibu merelakan kebahagiaan ibu menjadi pengganti pada tangis sedih kecewamu..


Anakku Putera Harraz Darwisy 
Jika kau dapat fahami...
Maka ketahuilah bahawa ibu mengharapkan masa depanmu seperti kerlipan bintang yang menyinari ruangan kelamnya malam, menjadi titik kesayangan pada Penyair malam...
Ketahuilah juga ibu mengimpikan suaramu seperti laungan azan menyeru kebenaran pada simpang-simpang kepincangan kehidupan..
Selain itu, ketahuilah bahawa ibu mengangankan jasadmu seperti jula-juli yang
memberi inspirasi pada ruangan kepercayaan kejayaan seseorang...
dan ketahuilah bahawa ibu meletakkan tempatmu seperti sebentuk permata yang
diidamkan disetiap sudut hati insan untuk dimiliki namun nilainya terlalu tinggi dari
semua batasan dunia...
 Anakku Putera Harraz Darwisy 
 
Kerisauanku pada setiap inci tubuhmu, perasaanmu dan tingkah lakumu
Tidak sesekali ibu merelakan 'calar' pada dirimu wahai sayang
Mungkin 'impian' ibu ini terlalu mahal untuk dimiliki diruangan kehidupan biasa
Namun ibu ingin kau tahu bahawa betapa hebatnya kehadiranmu padaku..
Menjadi persoalan sebelum kehadiranmu, dan pabila dikau wujud di rahimku
dikau menjadi 'impian dan angan'ku..
Kini, dikau segalanya seperti 'permintaanku' terhadap-Nya...
Anakku Putera Harraz Darwisy 
Ibu ingin kau tahu bahawa ibu 'terpaksa' berkongsikan dirimu pada dunia..
Kerana dikau bukan milik ibu tetapi milik Nya...
Segala perjalanan langkah kakimu selepas ini adalah segalanya dalam tangan Allah swt..
ibu hanya mampu mendoakan jasad dan kerohanian yang terbaik buat hidupmu..
Ingatlah pesan ibu,
Sebagaimana apa yang ibu ingin dikau fahami dan ketahui tentang impian ibu terhadapmu..
Dan sesungguhnya, dikau adalah nyawaku..


 

2 Comments:

  1. MizzTina said...
    boolatnye darwisy.. semoga si kecik cpt sembuh..
    bEe HoNeY said...
    dlu mmg bolat sbb gantung je n susu ibu,skrg dh kurus skit dh...1bln yg lps dia merengek je.mkn mnum xnak.ni bru 2-3 ari ok blk.smlm bru stat bf blk ehehhe. tq nina

Post a Comment