Isnin, 21 Februari 2011

Harraz di ICU-part I

kisah sedihku bermula pd 7/2/11 (isnin). pd jam 5.50ptg aku blk opis lmbt krn ada farewel x-bos aku. so terlambat la amik bb chumelku di rumah bb sitter. apabila tiba di rumah bb sitter, dia memaklumkan anakku x mau tido hari tu drp jam 12tgh. katanya ank aku merengek & tarik (sawan)... ya allah! nape dia x gtau aku awal??????? dkt 6jam anakku merengek & tarik dia leh tunggu????? klu jd pd ank cucu dia? adakah dia akan biar jugak? andai kata anakku umur x panjng (meninggal) di tgn dia msa tu adakah dia akan biar jugak smpai aku blk keje???? sewaktu aku amik tu ankku ditangguk di dlm buaian, bila ditangguk (henjut) diam lena la dia, tp bla buai diberhentikan huh aku sgt terkejut anakku tarik (sawan) & suaranya spt mnegerang (sgt sedih gila2 dengo suaranya-spt menanggung kesakitan yg amat). aku trs mengeluarkan bayiku drp buai & dia msh lg kekejangan & matanya memandang ke atas spt sawan. aku ingatkan dia terkena sampuk. lalu aku msk ke kereta & trs tel hubby ku suh blk segera. xsmpai 5 mnit hubby ku smpai umah & aku suh dia amik wudhuk azan kat telinga bb ku. tp dia msh lg kejang , tnpa byk bicara aku trs ke hosp serdang, wad kcemasan dlm kul 6.15pm. alangkah terkejutnya apabila doc bertnya kan aku, smbil mengambil suhu ank kot2 demam :-


doc : ank awak jatuh ke? ubun2 dia keras ni. (ya allah dlm ati aku sgt terkejut, utk detail sila rujuk sini)



aku : jatuh???? eh x sure lak, bb sitter xgtau pun, tp dia ckp ank sya menagis & merengkek drp kul 12 tgh lg, pas2 sawan


doc : xkan ank awak sawan tanpa sebab, ke dia ada demam?


aku : xda lak dia demam, pg tdi elok je, BS pun ckp pg tdi dia ok je, mnum susu, mandi , dll


doc : xpe kita bat ct scan


aku : ok2, terima ksh doc



kenapa punca pendarahan otak boleh berlaku?sila rujuk sini xlama lps tuh aku & anaku di bawa utk ct scan (scan kpla) dlm jam 10pm....nauzubillah alangkah terkejutnya aku apabila doc menyatakan ada pendarahan otak yg serius dlm kepala nya....masya allah apakah yg terjd sebenarnya.mengigil seluruh tubuhku & aku pun lembik xmampu berdiri di atas bumi lg, rasa nk tercabut nyawa aku. tanpa byk bicara tgn aku terus sms ank BS aku suh tye kan btl ke bb aku jatuh msa dlm jagaan dia. tp dia ttp ckp xde.pelik! aku tya doc apa punca dia? doc suspek jatuh @ gegaran yg kuat...nauzubillah...ptt la dia menagis drp kul 12tgh...tah2 BS aku takot nk gtau aku sbb tu dia tungu aku smpai kul 6 ptg???? xdpt aku bayangkan camna waktu kejadian itu.klu jatuh buai, huh buai umah BS bg ku sgt tinggi utk ank aku jatuh @ ank aku jatuh di blk air ketika mandi?? mcm2 bermain di benak fikiranku yg lemah ini. tp ya allah yg amat aku kesal xleh ka BS berfikir tu nyawa seorang manusia@bayi ...bkn ank patung. masyallah....ya allah ya tuhanku ko tabahkan ati ku mghadapi semua ini.xpenah terlintas difikiran yg aku akan melalui ujian sebegini berat. jika benar anakku jatuh aku yakin bkn slh dia, maybe dia tidak sengaja. tp mmg aku amat kesal sehingga kini krn tidak diberitahu segera@dibawa ke klinik/hosp berdekatan. tp penyesalan aku tdk bermakna kini. sudah tertulis sebegini dugaan aku kena tempuhi.


family aku di kedah semua asyik menelefon utk mengetahui keadaan sbnar. jam 11pm family aku drp kdh dh bertolak dtg ke kl utk melihat bb aku...ya allah xtau nk ckp ape lg....doc gtau ank aku kna tahan wad, aku xleh tunggu di sisi nya. tika ini air susu badanku meleleh basah yg amat, menagis gila aku tika ini, dr suh aku blk rest dlu, sok pg dtg blk.




8/2/11-selasa


jam 4pg ada panggilan drp hosp (hati ku berdebar2, gudah gulana, mcm2 bermain di fikiran aku tika ini). alhamdulillah rupanya doc ingin mengambil darah aku jam 6pg.


6.00 pg- aku dh ke hosp utk diambil darah & melihat bb ku tp xleh tgk lg bb ku. doc msh merawatnya, kna tungu jam 10. ya allah lamnya. xku dh la xleh lelap mata seharian.


10.00pg - doc memangil aku & suami. tp suami ku baru sj keluar (suami blk nk g ke darushifa utk amik air penawar). doc jumpa aku dlu smtara tngu suami ku.


aku : doc, cmna ank sya ?


doc : ni sya nk jmpa utk gtau hal sbnar, spya awk suami is3 x terkejut.sya hrp puan dpt terimanya


aku : (dlm ati : ya allah apakah yg tjd ni????? nauzubillah, sanggupkah aku mendengar apa2 yg kluar drp mulut doc???) xpe doc, doc trs terang je n sya.


doc : pn... sya harap pn bersabar & kuat utk menghadapinya. spt yg pn maklum smlm ank pn mengalami pendarahan otak yg sgt serius. ank puan skrg tgh kritikal/tenat, pg tdi spttnya dia sedar tp tanpa diduga ank puan koma. kami mengharapkan ank pn sedar tp sebaliknya.skrg harapan dia 50-50 sj. andainya dia hidup pun hrpn dia utk pulih spt biasa sgt tipis puan, puan kna terimanya dgn redha. sya harap puan bykkan bsabar (masyalallah, nape semua ni terjadi). gelap gelita dunia aku rasakan & aku dibawa ke blk seminar (tumpangan krn aku dh lembik) utk ditenangkan.



aku : ya allah doc cmna leh jd camni doc, apa punca sbnarnya doc? nape jd kat sya semua ni. sya nk tngu dpt bb ni pun mkn msa bertahun doc, bla dpt nape jd camni doc


doc : bersabarlah puan, ni semua dugaan tuhan pn, pn kena kuat. drp penelitian kami, kami dpt tgk bhwa ank pn ni disebabkan oleh jatuh @ gegaran yg kuat.


aku : tp doc ..klu jatuh xde pun kesan.


doc : x semestinya pn. skrg pn boleh panggil ahli keluarga pn utk melihat bayi pn (mungkin buat kali terakhir). sama²la kita berdoa moga ada keaiajan drp Allah SWT puan.


tanpa melengah msa aku trs tel hubby, family aku yg ada kat umah aku (bru smpai dr kdh jam 4pg) utk dtg melihat bayi ku kali terakhir ....sekali lg aku di panggil doc.


doc : pn, kami akan transfer ank pn ke HKL tgh utk pemantauan lanjut krn kat sna terdapat pakar neuro (otak) yg lbh pnglaman. pn nanti perlu menaiki ambulan dgn kami utk mngiringi bayi pn. sblm ke HKL bayi puan perlu lg mnjalani CT scan utk pemantauan terkini. pn dh bat repot polis ttg kejadian ni?


aku : ok doc. terima ksh doc. repot? ermmm xpun, sya pun xtau sebenarnya apa yg jd. lgpun xpela doc, sya mls nk kecoh2, mls nk gaduh2. nanti jd besar lak.


doc : pn perlu bat repot sbb ni dh jd kes. kami pihak hosp perlu membuat repot sbb tanggungjwp kami klu pn xnak buat


aku : ok la doc. doc buat la sya mmg xnak buat sbb nanti akan jd musuh lak. sya xnak klu boleh gaduh2



doc : ok2 xpe sya bat nanti ye pn


xlama slpas itu hubby ku smpai, dia tgk aku menangis/meraung & dia bertanya kan doc. spt yg doc terangkan pdku, doc juga terangkan sekali lg pd hubby ku. tanpa ku duga air mata jernih hubby ku gugur satu persatu. ya allah inilah kali pertama aku melihat air mata nya mengalir sejak 7 thn perkahwinan kami. tp aku tahu hubby ku bleh lg control air matanya. ye la lelaki kan air mata xde la beriya sgt cam ppuan kan...kita lak ibu lbh sensitif sbb kita mengandungkan, membawa ke hulu hilir & melahirkan. selepas tu lbh krg jam 10.45pg aku & hubby mengiringi bayi ku utk di ct scan kan. dlm perjlnan utk ke clk scan aku mngalir xleh dh nk jln, lembik lg. hubby ku menenangkan aku.


aku : nape jd camni ayah??? nape jd kat harraz ayah. dia kecik lg ayah bru 2 bln ayah, x kenal apa2 lg. ibu sakit bersalin pun lom ilang lg. nape diduga camni ayah???


hubby : sabar la ibu. semua ni takdir tuhan. dh tertulis camni. kita kna terima, kna kuat, sabar.



aku : tp ayah....ibu x kuat. ayah pun tau kan kita dh lma tunggu chya mata ni dh lma kan....bla dh dpt camni lak jd



hubby : ayah paham tp kita kna redha, igt! tiap apa yg tuhan bg tu ada hikmahnya. kita je xtau. ayah sntiasa disisi ibu. ibu kna kuat smngat.



smpai di pin2 ct scan aku tgk adiku mmg tgh mngu bayi ku & beberapa rakan opis ku juga ada. sekali lg aku menangis teresak2. secara tidak lansung kedatangan mereka membuatkan hatiku bersemngat utk menempuhi dugaaan Tuhan.



selepas d scan bayi ku trs di bawa menaiki ambulan. ambulan pulak full. aku terpaksa menaiki kereta sendiri mngikuti ambulan dr blkg. jam 12 kami btolak ke HKL. x smpai 1/2 jam kami tiba di HKL. bayiku dibawa ke ICU wad pediatrik. bermulala hidup aku bersama AHLI2 ICU. doc di HKL pun bertanyakan camna kes aku yg sbnarnya, aku pun menerangkan apa yg aku alami. diaorg pun mmg suspek jatuh @ gegaran yg kuat. doc memberitahu aku supaya bersabar & berehat. camna aku nk rehat????bayi ku sedang bertarung nyawa. tido????cfem xleh kan??? hati ku x pts berdoa semoga semuanya akn pulih. walaupun aku tahu waktu itu terlalu tipis. namum ku gagahkan hati utk berfikiran positif. doc hnya boleh beritahu apa yg dia belajar scra teori. tp TUHAN yg menentukan segalanya.



pic ankku di ICU, HKL selepas 2ari di ICU kepala ankku semakin membesar seolah2 ada air d dlm kpla, tegang sehingga dahinya berkilat.....ya allah nape aku diduga lg....sekali lg aku menagis, meraung dlm hati. x sanggup aku nk tgk kesakitan yg bayi ku alami. betapa seksa nya dia menanggung kesakitan ini. ya allah KAU kurangkan lah kesakitan bayi kecilku ini. andainya boleh KAU pindahkanlah segala kesakitan & kesengsaraan bayi ku ini kpd ku. aku x snggup melihatnya derita begini ya allah.



bersambung

4 Comments:

  1. admin said...
    Allahu akbar! Beratnya ujian ini. Bertabah ya puan. Murni sungguh hati puan, tidak mahu memanjangkan kes. Sehingga sekarang memang tiada penerangan oleh BS puan?
    bEe HoNeY said...
    tq noraherni.. berat mata memandang brt lg bahu memikul. mungkin ada hikmah besar Allah berikan pd saya kan? so far mmg xde apa2 pnerangan, msa harraz kat ICU pun sya ada ke umah dia utk btnyakan hal sbnar, mmg dia xmau ngaku. xpela hanya Allah yg Tahu apa yg tjadi.klu dia ngaku sekalipun xkan sya nk marah sbb dh ditakdirkan terjadi kan? cma sya kecik hati la dia biarkan harraz menagis dlm tempoh 6 jam smpai fit/sawan. tp biarlah klu marah pun xda gunanya kan, sya hnya mampu berdoa smga ada keajaiban drp Allah SWT
    Tanpa Nama said...
    Mcmana keadaannya sekarang
    bEe HoNeY said...
    noraherni : drp harraz kluar wad hingga skrg mmg kami tidak pernah bertemu dgn BS. pernah dia lalu dpn rumah tp nmpk kelibat sya dia terus berlari.

    Alhamdulillah harraz msh mcmtu. cuma skrg xnak tdo mlm. msh kaegori OKU terlantar

Post a Comment