Ahad, 8 April 2012

Sedih? GeraM? Kecewa?

Memang ada rasa sedih
Bersulam dengan marah dan kecewa
Sesekali timbul tenggelam rasa dendam

Tapi
Ada satu suara yang hadir
Lebih kuat dari semua yang tercemar
Lalu
Mendamaikan hati
Memimpin ketenangan pada diri
Ternyata kalau keikhlasan memeluk hati
Memang akan redha dan pasrah pada takdir
Dan terus tunduk sujud menyerah diri pada Illahi..

Itulah rahsia
Mengapa perlu berdoa, bersyukur dan bertawakal pada yang selayaknya
Kerana diri harus akur hanya Allah swt maha mengetahui segalanya
Dan hanya Dia yang slalu memberi yang terbaik buat semua hamba-Nya










0 Comments:

Post a Comment