Isnin, 11 April 2011

ICU lg- part III

hari ke 5 doc memberitahu aku bahawa terdapat pendarahan pd mata pd kedua belah mata tp sblh kiri lbh serius krn tdpt pndarahan beku betul² di blkg mata kiri bayi ku.sekali lagi hatiku tersentap. tetapi doc belum memberi kata putus samada perlu pbedahan @ tidak.tika ini hatiku sudah mula redha atas apa yg terjadi. ya aku perlu tabah apa jua kemungkinan yg berlaku.lalu ku bisikan ke telinga darwisy dgn nada yg terlalu berat aku utk ucapkannya :- syg ibu, andai nya tuhan hanya meminjamkan syg utk ibu buat semntara, ibu redha.ibu x sanggup lg nak melihat syg terseksa begini.syg. ibu halalkan air susu ibu selama hayat syg.segala kenangan ibu & syg tetap ibu kenang selamanya. PERGILAH...tunggu ibu disana.syg tetap di hati ibu. terlalu berat utk aku melafazkannya namun atas nasihat kwn² aku redha & perlu terima dgn kuat.dlm pd itu aku mmg mengharapkan darwisy sembuh spt sediakala.




pada hari ke 8 pulak anakku perlu menjalani ujian EEG iaitu ujian utk menentukan samada kekejangan yg dialaminya kekejangagan sawan @ normal. alhamdulillah ujian itu menunjukkan anakku bkn kejang sawan. syukur pdMu ya allah. ari ke10 aku di ICU mber opis sms aku & memaklumkan bhwa ada hamba allah memberi 1 blog utk aku tatapi iaitu http://www.wardahmustafa.blogspot.com/2009/11/kisah-asyraf-bantuan-allah-i.html .apa yg ada dgn blog tu kan? rupanya tn punya blog tu mempunyai cerita berkaitan kes sama dgn aku (anknya nya terjatuh di neseri & juga pernah berada di ICU & kritikal). dari blog dia juga aku mdpt tahu dia memberi bayinya memakan sejenis ubat ug diberi nama lingzhi (spt gambar)


& alhamdulillah hingga kini bayinya kembali pulih & normal spt kanak² lain (skrg bayinya sudah besar , berumur 2thn++.masa kejadian berumur 6 bln). tanpa byk bicara aku meminta pertolongan mber aku mdptkan no tel tn blog tu. apabila dpt sepantas kilat aku menelefon tn punya blog (wardah) utk bertanyakan ubat itu. alhamdulillah dpt juga kuhubungi. malam tu juga aku berjaya mendapatkan ubat tersebut & anakku perlu dberi segera ubat itu utk membantu sel2 darah baru & oksigen smpai ke kepala anakku. pd ari 1st bayiku dberi mkn tu tiada perubahan namun atas nasihat pengedar utk menambahkan dos alhamdulillah ankku menampakkan perubahan yg posotif. tgn & kakinya sudah boleh digerakkan. alhamdulillah ya allah.slepas 2 ari diberi ubat lingzhi tesebut alhamdulillah annku di pindahkan ke wad PHDW (pediatric high dependency ward), namun msh diberi pantauan khusus. dr mngu ke mngu aku meneruskan ubat tersebut makin menampkkan prbahan yg positif. alhamdulillah hari ke 12 di ICU anakku sudah boleh bernafas sendiri.mesin bantuan pernafasan & ubat tido telah dberhentikan. syukran². hari ke 14 mata anakku boleh dibuka!


ya allah syukur pdMu sekali lg walaupun hanya mata kanan sj yg boleh buka. mata kiri msh tidak dpt dbuka, berkemungkinan akibat tekanan yg tinggi. pdku itupun sudah berbaloi bg aku. selepas 3 ari di PHDW anakku dipindah kan ke KK 1 (wad neuro/medical), alhamdulillah sekali lagi. aku dibenarkan tidur dia wad bersama bayi. namun keesokkan harinya ankku sekali lg dipindahkan ke wad solutian (blk khas-1 blk 1 org) krn tidak mahu bercampur org rmai bimbang dijangkiti kuman). alhamdulillah lbh selesa utk aku tidur bersama bayiku.tiada gangguan kecuali drp doc & nurse utk check up ehehhehe


(smpt berposing jap bersama bayiku).

hari ke 16 aku mencuba utk menyuskan bayiku direct, tanpa tiub hidung nya. kerana aku sebolehnya tidak mahu membiarkan bayiku menyusu menggunakan tiub walaupun pd andaian doc maybe ankku akan trs menyusu begitu selamanya . sudahlah 2 mgu perlu diganti tiubnya.aku cekalkan hati mencuba. ya allah syukur pdMU krn anakku boleh direct bf walaupun kdg² lambat menangkap puting (maybe lidah msh lg kebas).bersungguh dia menysu maybe krn terlalu lama merindui pelukanku apabila disusui. hatiku gembira teramat ya allah.teramat sayu x terkata apabila anakku dpt mnyusu air susu bdnku sendiri. kebetulan semasa aku tgh mnyusui bayiku, doc dtg membuat pemantauan & melihat sendiri aku mnyusui anakku.




aku memberitahu doc yg anakku boleh direct bf. mulanya doc spt tidak mempercayainya. tp apabila dia melihat sendiri dia mula yakin. semakin positif anak ibu ni.namun doc msh tidak membenarkan aku mencabut tiub pd idungnya & msh lg memberi susu mngunakan tiub kerana bimbang anakku akan tersedak @ susu penuh di paru² bkn di perut. alhamdulillah harraz tidak penah tersedak.semakin byk msa aku bersama si kecilku. pantng ade masa aku akan menyusui dia sendiri & menyusap badannya agar dia merasai sentuhanku utk memberi semngat kuat & pulih. setelah 21 hari berkampung di ICU HKL anakku dibenarkan pulang.




spt hari² sblm nya doc berkali² memesan agar aku mencari org yg boleh mjaga ankku stlah dia kluar drp wad.ataupun doc memberi cadangan utk aku bercuti lama utk mjaga sndiri. doc mberitahu anakku perlu perhatian/tumpuan yg lebih krn mabe anakku tdk spt sblmnya,segala-galnya la yg negatif & x sanggup didengar. apa yg boleh aku buat adalah brusaha & berdoa agr anakku pulih spt sediakala.




(pic get ready utk blk dh ni )


yahooooooooooooooooooooooooooooooo gumbira x terkata hatiku hanya allah yg tahu. walaupun tidak sedar sepenuhnya & msh menggunakan tiub anakku dibenarkan pulang. temujanji perlu dibuat setiap minggu. xpela janji anak ibu keluar kan. kat umah lbh selesa.aku ada jugak btnya kan doc:-
aku : doc, bila anak sya akan sedar sepenuhnya? doc : kita xleh nk gtau pn, tpulang pd dia, msa & keadaan, klu dia dpt berinteraksi n kita bermakna dia sedar sepenuhnya. aku : ermmmm doc : sape akan jaga ank pn klu dia kluar drp wad nanti? ke pn perlu surat sokongan drp pihak hosp utk kami maklumkan kpd majikan pn utk pn bercuti? anak pn perlu perhatian & tumpuan yg lbh berbanding kanak² biasa aku : ermmm. buat msa ni aya akan bercuti 1-2bln & mak saya juga akn jaga bayi sya bersama doc : klu begitu baguslah xpela syg, ibu tahu syg kuat utk mengharungi ari demi hari & ibu sentiasa menanti syg ibu pulih spt dahulu. sesungguhnya ibu teramat merindui senyuman, gelak tawa mu syg....teringat ibu pg pg kejadian sblm subuh....anak ibu ketawa mengekek-ngekek apabila di agah slpas nyusu. ptt la ank ibu seolah2 xnak tido & hendak bermain je n ibu. rupanya itu petanda kepada 'sesuatu' yg Allah nak uji kita kan syg. bersambung....

0 Comments:

Post a Comment