Rabu, 6 April 2011

ICU lg-part II

sedih aku apabila x dibenarkan menunggu di ICU selepas jam 11mlm. bermakna aku kna blk umah. aku minta utk tgl dia wad pun xleh sbb aku tgl di kawasan sel/kl so mmg xdpt. maybe sbb penuh sma. sedih la aku. hanya baju darwisy yg belom dibasuh menjadi penemanku tiap mlm & ketika berada di rumah. tatkala itu jugalah air mata ku mengalir apatah lg apabila aku memerah susu bdnku utk diberi kpd nya selepas 2 ari di ICU. (pas 2 ari bru leh mnum susu). tiap kali mengepam susu bdn tiap kali itu jugalah air mata aku mengalir deras smbil diiringi doa agar tiap titisan air susu badanku yg mengalir ke tubuh darwisy akan mjd pnwar agar dia pulih spt sediakala. kini aku mjd teman setia di HKL. setiap msa ade je muka aku di ICU ni dtg awl pg tgh mlm bru blk umah. ari2 aku berulang alik dr serdang ke HKL. tu la rutin kami sekuarga utk memantau keadaan bayi ku. tiap saat detik adalah amat bharga bgku tika itu. tiap hari doktor akn buat pemantauan sebnyak 3x & setiap itulah aku & hubby akn btnya keadaan darwisy tp apa yg akan kami dpt adalah harapan yg hampa. nk tau apa doc ckp? ermmm...




doc : spt yg pn maklum sblm ni kan ....ank puan mmg kritikal, pendarahan dia terlalu byk & melibatkan keseluruhan kpla, terdapat juga darah beku di sebelah kiri. darah & oksigen pd otak bayi pn tdk mencukupi & kami xleh bg kata pts krn harapan dia 50-50 tp andainya dia dpt diselamatkan dia xkan dpt hidup spt sblm ni. berdoalah pn semoga ada keajaiban dr Allah SWT."...


nauzubillah... tiap kali itulah air mataku deras mngalir...bygkan klu 8 org doc dtg memberitahu perkara yg sma 8 kali aku mngis sekuatnya. klu boleh aku nk jerit sekuat2 nya dlm blk ICU tu. dlm ICU ni la mcm2 penyakit aku tgk yg senasib dgn aku cma saat itu hati kecilku berkata bayi dorg x teruk sgt pun, bb aku teruk/krital/sdg btarung nyawa. nak2 lak hanya bayi ku seorang sj yg diitempatan di dlm blk khas...




tp aku tahu suami aku cuba utk kuat & cba utk mnguatkan aku. dia sll bpesan pd aku "biarla apa doc ckp, yg penting kita usaha, selagi ada nyawa & darwisy bernafas selagi itulah ayah akn berusaha utk pulihkan dia, kita kena kuat bru bb kita kuat. kita usaha & berdoa i'allah Tuhan ada bersama2 kita. doc hanya bleh gtau scara teori ja sbb itu yg dia belajar, dia bkn penentu ajal maut seseorang itu. mga ada keajaiban Allah SWT utk bb kita, i'allah".




hanya itulah penguat hatiku saat itu tp air mata aku ttp mngalir. tiap kali kwn/sedara/kenalan dtg tiap kali itulah airmataku mengalir. waktu itu rsa nk pelok semua org utk meluahkan apa yg terpendam. org boleh dengar rintihan hati ku yg pilu tp mereka x merasa, aku yg merasa betapa kuatnya dugaan ini. berat mata memandang berat lg bahu memikul. berat lg darwisy ku syg bertarung nyawa. aku sll bisikan pd dia agar kuat semangat (walaupun tika itu aku mmg x kuat & terlalu lemah) tp aku xmahu tnjukan pd dia yg aku sedih.



namun sbg hamba allah kdg kala mmg aku x mampu nk tahan air mata ini tika melihat bayiku terlantar. klu dilihat dr luar mmg x nampk bayiku sakit pun, ditambah dgn isi montoknya itu...tp aku tahu dlman nya mmg terseksa. saat aku tmelihat kepala nya yg besar semakin mbuatkan aku takot utk meninggalkanya sendirian. aku takot dia meninggalkan aku. mmg waktu itu aku xsanggup/xnak ditinggalkan.aku nk dia mbesar spt kanak2 lain. kehadiran darwisy adalah dinanti sekian lama oleh kami tmbahan pula dia seorang lelaki mmg suami ku nantikan utk menemaninya bmain bola/futsal dgnnya. owh aku xsanggup kehilangannya. Hari berganti hari tiada kata yg memuaskan hatiku utk melihat darwisy pulih. jwpan doc ttp sama...ahhh bosan aku mendengarnya. sayu pilu bla aku melihat darwisy terlantar dgn mesin2, ubat2, wayar2..



aduhhhh luluh hati x siapa yg tahu. ubat sawan, mofin, antibiotik & segala mak nenek ubat dimasukkan kedlm bdn bayiku. hampir keseluruhan bdn dipenuhi jarum jugak. darwisy DITIDO kan oleh doc selama 48jam memandangkan otak dia perlu berehat dr tekanan. aku juga tdk digalakkan menyentuh bayiku utk mngelakkan dia diberi tekanan (ye la klu kita sentuh tentu aura kita dia rasa kan). bygkan ank sndiri x dpt nk pegang .owh apalah bleh aku katakan selain hanya mampu menangis. rasa nk pelok, cium, dukung sj. doc nk dia rehat 100 % tanpa gangguan utk melihat pkembangannya. tp hatiku sejuk bila tgk muka dia sbb mmg mukanya nmpk sgt tenang. seolah2 darwisy sdg tidur lena dibuai mimpi indah. cukup 48jam darwisy ubat tido diebrhentikan tp sebaliknya yg terjadi. darwisy kekejangan. terpaksa la disambung lg 24 jam lg. ubat tido biasanya paling lama akn diberi selama 72jam tp darwisy tidak. darwisy ditidokan berhari2, tiap kali aku tya bla nk sedar, doc hnya mnjwp "dia terpaksa teruskan ubat tido lg sbb tekanan dia kuat sgt & dia akan mngalami kekejangan apabila ubat diberhentikan".


ya allah besarnya dugaan KAU berikan pdku, x termampu rasanya aku nak laluinya. ya allah ya rahman ya rahim KAU kuatkan lah hatiku utk mghadapi semua ini. tika ini juga darwisy mmg tdk mampu bernafas sndiri melainkan bantuan penafasan. genap 1mgu doc cuba utk memberhentikan mesin pnafasan tp apa yg tjd x spt yg aku harapkan. dia x mampu bernafas sendiri , denyutan jantung berdegup kencang. doc tpaksa menyambung blk mesin pnfasan tuh. sedih lg hatiku...bila la agknya bayi ku ni dpt keluar hosp. x sanggup rasanya ari2 melihat dia terseksa dgn jarum2/wayar sana cni & ubat2an. hanya allah yg tahu betapa gulandahnya hatiku tiap detik, saat & ketika. BERSAMBUNG....

0 Comments:

Post a Comment