Isnin, 11 April 2011

Darwisy d Rumah & kini





alhamdulillah dpt jugak kami berkampung kat rumah pulak.stlh kluar dr wad 2 ari 3 mlm darwisy x tido lena, aku tahu dia mmg sakit.namun kugagahkan diri utk manjaganya. dengan bergilir2 mengikut shif bermula dgn ayah, ibu & neneknya menjaga darwisy agar dia x menagis.aku juga sudah tentunya tdk dpt lena.tp ckup la sekadar tido2 ayam. itupun sdh memadai, asalkan bayiku tdk merengek lg.sejak kejadian dia sll mengis hingga muka biru & ilang suara.itulah yg membuatkan kami risau.


mak aku msh lg berada di sini drp hari kejadian.dialah yg mnawarkan diri utk mjaga darwisy & dia mmg x harapkan ada org boleh jaga darwisy.terima kasih ibuku tersayang.hanya allah yg mmapu membalas segala pengorbanan mu ibu. manakala ayah & adik bradik aku yg lain sudah kembali pulang ke kedah utk menyambung tugas masing2 setelah seminggu di KL ni.dorongan drp family aku mmg menguatkan aku utk terus tabah menghadapi dugaan yg amat berat ini. klu tanpa hubby,family, rakan² & org sekeliling rasanya x tertanggung aku menghadapinya seorang diri.



sedar x sedar hampir 2 bln aku bercuti drp kerja². dah la waktu kejadian aku bru 1mgu bkerja dgn bos baru & hari pertama aku memulakan kerja sbb mgu sblm tu bos aku bercuti (CNY).


setelah hampir 2 bln bercuti kini aku memulakan kerja kembali 04/04/2011.dlm hati aku hanya mendoakan yg terbaik utk darwisy. tiap saat & ketika aku berdoa smga darwisy semakin pulih.



tgk la pusat dia yg tersembul keluar akibat sll mengis/mrengekek...aku rsa maybe dia msh sakit

lg.


ni pic slpas mnjlani rawatan di behrang. saat ini hatiku pilu melihatnya menangis tp ku kuyatkan diri sambil ku bisikan pd darwisy supaya kuatkan semnagat utk pulih.sehingga kini aku msh lg menjalani rawatan tersebut.alhamdulillah perubahan pd kepala darwisy menampakkan kesan positif.kepalanya semakin kecil/normal.




ni pic kat kdh ujg bln mac. aku sj niarapkan dia utk tido tp dia xnak.

pic bsama ank teman ibu yg sll dikongsi bersama ketika bepantng. cuma zahin muda 2mgu drp darwisy.


latest pic-darwisy bersama ayah 3/4/11



10/04/2011-kini darwisy telah berumur 4 bln.keadaannya kini alhamdulillah luaran mmg nampk dia sihat yg amat. namun dalaman dia msh belum pulih sepenuhnya. matanya msh belum nampk@ fokus thadap sesuatu objek/lidahnya msh lg lambat menangkap puting susu walaupun kdg² & dia msh belum boleh senyum @ meniarap. namum aku x pts bedoa moga ada keajaiban drp Allah. amin ya rabbal alamin.



* tlg doakan darwisy yer kwn². kpd yg kwn²/kenalan/sedara mara yg byk memberikan sokongan/sumbangan terima kasih byk aku ucapkan atas segalanya. mga Tuhan membalas tiap yg anda lakukan dgn seribu kerahmatan. amin

0 Comments:

Post a Comment