Khamis, 1 Mac 2012

NaMa ank ArtiS (BienDa, Mawi)



PETALING JAYA: Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli,27, selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Lavienda Namiraz pada 26 Februari lalu melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Kata penyanyi lagu Penantian ini, walaupun hasratnya untuk melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu secara normal tidak kesampaian dia bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
"Saya memang teringin untuk bersalin secara normal tetapi demi keselamatan bayi saya reda dan bersyukur walaupun terpaksa menjalani pembedahan.
"Apa yang penting, keadaan bayi sihat dan selamat," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Berkongsi pengalamannya ketika melahirkan anak sulung itu, Bienda berkata dia terpaksa menjalani pembedahan demi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk kerana leher bayinya terbelit tali pusat.

---------------------------------------------------------------------------------

Mawi & Ekin telah dikurniakan puteri sulung dalam keluarga. Apa yang menarik disini, nama anak perempuan pertama mereka sangat unik iaitu, “Cahaya Malaika”.
Nama yang bermaksud “cahaya permaisuriku” telah lama difikirkan oleh mereka berdua namun selepas bayi sulung mereka dilahirkan, Mawi & Ekin setuju untuk gunakan nama “Cahaya Malaika”.
“Nama itu kami berdua yang pilih. Selepas dapat tahu Ekin hamil anak perempuan, kami mula mencari nama yang sesuai. Lama juga hendak buat keputusan, tapi selepas anak saya selamat dilahirkan semalam, saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu.”

0 Comments:

Post a Comment