Isnin, 24 Oktober 2011





Menurut sumber gosip yang tidak dikenalpasti, seorang kaunselor telah bercerita mengenai keretakan rumahtangga Nana & Brian kepada umum di sebuah majlis berkonsepkan kekeluargaan. Kaunselor tersebut mendakwa dirinya memiliki senarai penceraian beberapa selebriti tempatan yang dikenali seluruh Malaysia. Antara selebriti yang dimaksudkan adalah pasangan bahagia, Nana & Brian. Dikatakan, penceraian Nana & Brian berpunca daripada hantaran berupa gitar yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka, sekitar tahun 2009.
Bagaimanapun, dakwaan melampau yang dilemparkan melalui sebuah forum gosip mengenai keretakan rumahtangga penyampai radio HotFm, Nana Mahazan telah ditepis kuat-kuat oleh empunya diri melalui laman blognya di Nana-Ker.
Dipetik daripada laman blognya, Nana Mahzan menyifatkan dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas sama sekali.
“Nana dan MRB bahagia! Demi Allah yang Maha Esa, cerita tu fitnah semata-mata. Nana dan MRB (Muhammad Raqeem Brian) tak pernah jumpa mana-mana kaunselor, ke pejabat agama ke atau terdetik walau sedikit pun untuk kami bercerai. Minta simpang lah,” jelas Nana.
Kata Nana lagi, dia berasa sedih apabila ada pihak yang cuba memutar belitkan cerita serta menokok tambah cerita hubungan kekeluargaannya.
“Manakan nak cerai, gaduh pun susah Nana dan MRB ni. Hmm, gitar? Serius? Agak sedih apabila ada yang baca dah percaya. Dan yang lebih sedih apabila yang percaya tu turut memaki, pandang serong dan menokok tambah cerita karut ni. SEDIH!”
Nana yang enggan mengulas panjang berkenaan gosip ini meminta orang ramai supaya tidak mempercayai cerita tersebut dan mengharapkan individu berkenaan menghentikan fitnah.
“Nana harap, korang semua dapatlah sampaikan pada orang-orang yang percaya dengan fitnah tu mengenai perkara sebenar. Cut the story short, Nana, MRB dan Lil Althea bahagia!”

0 Comments:

Post a Comment