Isnin, 18 Januari 2016

KEmBaLi kE PeNciPtaNya


 
AL-FATIHAH....Kembalinya anak syurga ini kpd Sang Penciptanya tanggal 18/01/2016 tanpa sebarang tanda & pesan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Tiada yg tertgl walau sesaaat apabila tiba masanya. Janji Allah it pasti. Melihat wahai ibu & ayahnya yg begitu tenang atas pemergian ank syurga mereka...terdetik di hati "adakah aku akan setenang mereka?', adakah aku dpt menerima pemergian darwisy satu hari nanti?'. tak pernah terfikir lg darwisy akan pergi meninggalkan kami sekeluarga. Rasanya aku xsanggup kehilangan darwisy. Harapan aku masih menggunung DARWISY SEMBUH & DPT BERDIKARI SENDIRI'', insyallah itu harapan & doa kami seharian yg xpenah putus. Kami mengharapkan keajaiban Alah SWT. Semoga satu hari nanti darwisy akan kembali tersenyum, bertutur, melihat kami sbg ibu bapa & ahli keluarganya serta memberi respons kpd kami apabila diagah @ diajak berborak.


Tapi siapalah aku utk menolak segala kemungkinan yg telah diaturkan Allah. Andainya aku kehilangan darwisy biarlah ketika itu aku benar2 redha & tenang semahu-mahunya. 

0 Comments:

Post a Comment