Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.
Apakah tanda-tanda scoliosis?
1. Jarak antara tangan dengan trunk tak sama..
2. Kepala tak centre dengan badan
3. Bahu tinggi sebelah
4. Badan sebelah belakang anda macam de bonggol sikit
5. Tulang belakang yang membengkok nampak dengan jelas
6. Pinggang tinggi sebelah
7. Bentuk badan yang nampak tidak normal
Puncanya?
1. Tidak diketahui
2. Keturunan
3. Masalah dengan saraf otot
4. Ketumbuhan
5. Cerebral palsy6. Jatuh (kemalangan kecil atau besar)
Kenapa perlu risau?
Sebab, semakin hari semakin tulang tu akan membengkok.. Bila tulang belakang membengkok melebihi 50 darjah, akan menyebabkan tulang rusuk anda berubah bentuk dan menghimpit paru-paru anda..lalu akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas.. Dan kemungkinan juga akan menyebabkan masalah dengan jantung anda.. Lagi 1, anda akan berasa lenguh-lenguh kat bahagian belakang badan..
Treatment?
Untuk yang baru kena scoliosis ni digalakkan memakai Spine Bracing Section.Pakai spine bracing ni memang sakit sebab bracing tu keras dan akan menyebabkan rasa lenguh sebab dok tegak cam robot dan bracing tu rasa macam menekan badan..Sakit dan tak selesa mana pun, kena pakai jugak untuk mengelakkan tulang semakin membengkok dan untuk mengelakkan anda kena bedah dan masuk besi kat tulang belakang tu
Spine Bracing Section
Scoliosis After Surgery