Selasa, 4 Jun 2013

Mandi Songsang??


Mandi songsang merupakan satu kaedah terapi yang sangat bagus jika kita mengamalkannya. Ramai mengamalkan mandi yang lazimnya menjirus air dari kepala hinggalah ke kaki. Tetapi tahukah anda dengan cara begitu dapat memberikan kesan buruk kepada otak anda. Malah kesihatan anda juga akan terjejas.

Sekiranya anda bangun pagi dan mengamalkan cara mandi yang biasa maka saraf di otak akan mengecut dan menyebabkan sistem saraf otak rosak. Imunisasi badan atau sistem pertahanan juga akan lemah lantas anda akan sentiasa jatuh sakit seperti demam, selsema, sakit kepala, migrain dan sebagainya. Ini adalah kerana otak kita telah setting kesemua perjalanan kimia dan hormon untuk tubuh kita. Jadi jika saraf otak terjejas maka badan kita pun terjejas mutu kesihatannya.

Oleh itu sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan mandi songsang. Apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah dengan menjirus air dari bahagian kaki perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat naik ke badan dan kemudian berakhir ke kepala.

Kebaikan dan kelebihan mandi songsang:
  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan segar.
  2. Mengembangkan salur darah otak - menjadikan sistem darah di bahagian otak berfungsi dengan baik.
  3. Menguatkan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit dan seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
  4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Mencerdaskan minda dan menjadi semakin pintar.
  7. Meningkatkan daya ingatan.
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
  9. Menambahkan ketenangan dan ceria.
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
  11. Memiliki daya ketahanan mental.
  12. Menambahkan semangat berani.
  13. Menguatkan gigi dan gusi.

0 Comments:

Post a Comment