main |
sidebar
7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH
1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.
Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya.”
~ HR Abu Daud
2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi SAW bersabda :
” Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata :
“Engkau juga akan mendapat seumpamanya.”
~ HR Muslim
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
” Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. “
~ HR Muslim
4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :
” Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. “
~ HR Abu Daud
5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda: ” Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu.”
6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda : ” Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. “
~ HR Thabrani
7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW berpesan : ” Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan.”
Moga Allah redha persahabatan kita.
4 Comments:
Post a Comment