Rabu, 2 Mei 2012
7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH
1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.
Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya.”
~ HR Abu Daud
2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi SAW bersabda :
” Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata :
“Engkau juga akan mendapat seumpamanya.”
~ HR Muslim
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
” Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. “
~ HR Muslim
4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :
” Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. “
~ HR Abu Daud
5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda: ” Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu.”
6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda : ” Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. “
~ HR Thabrani
7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW berpesan : ” Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan.”
Moga Allah redha persahabatan kita.
Labels: mY fRieNd, Tatapan UmuM
4 Comments:
-
- e!ya said...
2 Mei 2012 pada 8:29 PTGawak mmg kwn saya..insyaallah akan bkekalan selamanyer..yg penting saling mziarahi kan..:d- bEe HoNeY said...
2 Mei 2012 pada 8:47 PTGtq aya. i'allah mdh² persahabatan kita berkekalan ke ujg nyawa kita kan. slm syg buat ank2 jugak tmsk dlm perot tuh erk...ummmahhhh- MizzTina said...
3 Mei 2012 pada 1:19 PGkite pun dh bersahabat even di alam maya.. byk² bersabar ye lyn sayang... =)- bEe HoNeY said...
3 Mei 2012 pada 7:08 PTGtq tina...i'allah mdh²an kesabarn sya berbaloi amin
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)












