Rabu, 23 Mei 2012

FiSioTeRapi di RuMah

mesti korang pelik kan nape tiba² aku letak pic wall web di atas kan...sbnarnya ni adalah salah satu web yg menjlnkan fisioterapi di rumah. oleh krn mngu ni kami x dpt mbwa sikecil darwisy ke rawatan alternatif k.raw, aku mngambil keputusan utk mdptkan khidmat dorg. korang leh view sndiri blog diatas (just klik pic jer). ni adalah skit info ttg dorg.

PENGENALAN SYARIKAT
  • Diinspirasikan oleh Puan Siti Aisyah Rozalli, BOT, MOTA & Cik Nurul Sheriena Musa, BOT, MOTA. dua orang terapis cara kerja yang berdedikasi & proaktif .
  • Nama Sense aFarm Enterprise (SaFE) dipilih berdasarkan gabungan perkataan 'Sensory' (deria), 'at' (di) dan 'Farm' (ladang). 
  • Prinsip ini berpandukan teori Jean Ayres (1790), bahawa untuk membolehkan seseorang itu dapat berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran, individu itu perlu pandai menggunakan dan mengimbangi kesemua sensori (deria) yang ada pada tubuh badannya.
  • Syarikat kami berdaftar secara rasmi dibawah Companies Commission of Malaysia pada 26 Mei 2011.
  • Sebagai sebuah syarikat bumiputra muslim, SaFE mengambil berat tentang pendekatan-pendekatan terapi yang dijalankan oleh jurupulih cara kerjanya. SaFE akan memastikan bahawa pendekatan-pendekatan yang digunakan tidak lari dari prinsip Islam dan menepati syariah.

VISI KAMI

MENJADI PUSAT REHABILITASI KANAK-KANAK YANG PROAKTIF DAN MESRA KOMUNITI BERLANDASKAN ISLAM

MISI KAMI

SaFE KOMITED UNTUK MEMPERKEMBANGKAN SERVIS PEMULIHAN CARA KERJA PEDIATRIK DAN BERKERJASAMA MENDIDIK MASYARAKAT TENTANG TERAPEUTIK BERLANDASKAN ISLAM

1 Comment:

  1. e!ya said...
    kita cube yg tbaik utk kesihantan..darwisy..insyaallah satu hari usaha nieh pasti b'baloi

Post a Comment