Rabu, 30 Mei 2012

Cerebral Palsy

Cerebral Palsy

1. Apakah itu Cerebral Palsy (CP)?

Secara umum Cerebral Palsy ialah satu keadaan yang disebabkan oleh kecederaan pada bahagian di otak yang mengawal kebolehan atau kemampuan kita untuk menggunakan otot dan tubuh badan kita.

- Cerebral bermaksud kerja berkaitan dengan otak.
- Palsy pula bermaksud kelemahan atau masalah dengan penggunaan otot.

CP di bahagikan kepada:-

a) Spastic CP - di mana terlalu banyak keadaan
tone otot atau keketatan otot
melibatkan pergerakan keras
terutama di bahagian kaki, lengan
dan belakang.
b) Dyskinetic CP.
c) Mixed CP - masalah bercampur-campur.

- CP termasuk juga di katagorikan kepada:-

a) Diplegia - Bermasalah pada bahagian kaki.
b) Hemiplegia - Bermasalah pada satu bahagian badan (spt. tangan kanan dan kaki kanan).
c) Quadriplegia - Bermasalah pada kedua-dua tangan dan kaki. Ada juga yang melibatkan    belakang termasuk otot muka dan badan.

2. Bagaimanakah CP boleh terjadi?

CP itu seringkali berlaku sebelum lahir, tetapi ada kalanya ia berlaku semasa kelahiran atau selepas lahir.

- Bagi kes Putera Harraz Darwisy, ianya berpunca di mana berlakunya kecederaan di bahagian otak ketika dia berumur 2 bln 6 hari akibat kecuaian babysitter - Darwisy telah di diagnos mengalami Cerebral Palsy - Spastic Quadriplegia.

3) Apakah rawatan untuk CP?

Rawatan CP ialah:-

a) Fizio Terapi.
b) Terapi Carakerja (OT).
c) Terapi Pertuturan.
d) Pembedahan bagi kes-kes tertentu.
e) Suntikan Botox.

Selain terapi-terapi asas di atas, ada lagi terapi yang juga turut membantu kanak-kanak atau pesakit CP iaitu;

1) Hydrotherapy (Terapi Berenang)
2) Hypotherapy (Terapi Berkuda) - saya akan menerangkan secara ringkas berkaitan terapi ini di dalam catatan yang berasingan

0 Comments:

Post a Comment