Rabu, 25 Januari 2012




Tahniah diucapkan pada Chef Wan yang juga bapa kepada Serina Redzuawan kerana baru-baru ini telah menerima cucunya yang kedua.
Isabella selamat dilahirkan pada Isnin secara normal dan beratnya pula hanya 3.3 kilogram. Bayi perempuan ini dilahirkan ketika Chef Wan sedang berada di Bangkok, Thailand dan Chef Wan masih belum sempat melihat cucu keduanya ini. Chef Wan dan keluarga amat gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga. Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya. Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat. – Chef Wan
Untuk pengetahuan, Serina Redzuawan telah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 dan anak pertama mereka adalah lelaki bernam Tristan.

0 Comments:

Post a Comment