Selasa, 20 Disember 2011




Dari semalam OHBULAN! perasan yang aktor dan produser ini asyik bercerita mengenai kondisi isterinya yang berkemungkinan berbadan dua. Pagi tadi, kira-kira 9.30 pagi, Zed berkongsi status lewat laman Facebook dan Twitternya memaklumkan dirinya menemani isteri tersayang, Nelly Natalia berjumpa doktor untuk mengesahkan sama ada isterinya itu hamil, barangkali isterinya sejak kebelakangan ini menunjukkan simptom-simptom hamil.
Ternanti-nanti juga sebarang khabar berita dari aktor berbakat dan peramah ini, dalam hati berdoa moga-moga doa dan impian pasangan ini termakbul, tup tup, empat jam yang lalu, Zed dengan penuh teruja berkongsi khabar gembira lewat laman Twitter-nya memberitahu para peminatnya, bahawa isterinya disahkan hamil enam minggu lima hari, maksudnya usia kandungan sudah menginjak sebulan lebih.
Sebulan yang lalu OHBULAN! ada menemubual Zed bercerita mengenai kehidupan setelah bergelar suami dan perancangan menimang cahaya mata setelah hampir tujuh bulan melayari bahtera perkahwinan menerusi artikel “Nak buat Anak Tak Boleh Stress”. Dengan pengumuman khabar gembira ini, ternyata Zed membuktikan dirinya sejak beberapa bulan yang lalu bahagia, tenang, gembira dan kurang stress! :)
Apapun OHBULAN! nak mengucapkan tahniah buat daddy dan mommy to be, Zed dan Nelly. Semoga kondisi Nelly dan bayi dalam kandungan sihat sejahtera dipermudahkan segala-galanya. Tahniah Zed dan Nelly!

0 Comments:

Post a Comment