Isnin, 26 Disember 2011







Dengan berita pengumuman tarikh pernikahan antara dua selebriti pujaan ramai, Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani sebentar tadi maka usailah segala teka-teki ramai yang sering menjadi tanda tanya sekaligus, terlepaslah peluang wanita-wanita di luar sana yang memasang impian menjadi suri hati duda tampan ini, itu belum masuk lagi kaum Adam yang tentunya kecewa dan meraung bila dara pujaan semalaya ini telah disunting ‘pria terhebat’.


Berlangsung di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya tepat jam 11.30 pagi dan dihadiri kedua belah pihak keluarga serta orang kuat Marriott selain dimeriahkan dengan kehadiran boss besar merangkap ‘ayah angkat’ Lisa (bak kata Yusry) serta para wartawan, majlis pengumuman tarikh pernikahan yang bakal berlangsung pada hari Khamis, selepas Asar pada 23 Februari 2012 pagi tadi berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan dijanjikan oleh kedua pasangan ini sebelum ini. Jom, apakata layan foto momen-momen ketika pengumuman istimewa kedua merpati dua sejoli ini :)


Mengakui hati masing-masing terpaut lewat perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), penyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, Yusry Abd Halim dan aktres jelita Lisa Surihani akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.


Saya melihat Lisa sebagai seorang wanita yang very natural, caring, dan baik hati dan dia juga menyayangi saya sepenuh jiwa sepertimana saya juga menyayanginya sepenuh jiwa. Bila saya stress atau menghadapi saat-saat sukar, dia selalu ada di sisi, jauh mahupun dekat.” – Yusry Abd Halim
“Abang bukan seperti kebanyakan lelaki yang akan ‘mengayat-ayat’ pada awal perkenalan, dia seorang yang gentleman,” – Lisa Surihani
Ok, boleh dikatakan semalam (khamis / 23.12.2011) adalah tarikh paling bahagia dan bermakna buat Lisa Surihani, 25 apabila dia telah disunting oleh sang kekasih, Yusry Abd Halim, 38, dan hari ini pula, bolehlah disifatkan hari gembira buat sekalian peminat kedua-dua selebriti ini apabila dua bulan saja lagi, pasangan ini bakal bergelar suami isteri.
Berikut adalah beberapa foto penuh momen romantis, sweet dan penuh syahdu yang sudi dikongsi oleh kedua pasangan ini khusus untuk tatapan pembaca OHBULAN! terutamanya peminat tegar Yusry dan Lisa yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan mereka.
Buat Yusry & Lisa, jutaan tahniah diucapkan, semoga kekal bahagia dan sweet selalu, mudah-mudahan juga segala persediaan dan hari bahagia kelak berjalan dengan selamat dan sempurna persis seperti apa yang dirancang. Buat pembaca OHBULAN! dan sekalian peminat pasangan ini, doakanlah agar nawaitu baik mereka ini dimakbulkan dan seterusnya kekal bahagia ke akhir hayat.

0 Comments:

Post a Comment