Isnin, 12 Disember 2011

DaTiN CaMeLiA









Setelah beberapa spekulasi demi spekulasi berhubung siapakah gerangan suami kepada pelantun lagu, ‘Rindu Padanya’ berteka-teki di minda, akhirnya identiti suami Dayang Nur Camelia Abang Khalid atau lebih dikenali sebagai Camelia, terjawab sudah akhirnya.
Beberapa keping foto Camelia bersama suami, yang diambil oleh seorang blogger yang dijemput hadir ke majlis cukur jambul anak sulung Camelia telah pun disiarkan di laman Media Malaya.
Tersebarnya foto keluarga bahagia Camelia di banglo mewah persis hotel bertaraf lima bintang ini sekaligus menutup beberapa gosip yang pernah mengatakan bahawa wanita jelita kelahiran bumi Kenyalang ini dikatakan telah mendirikan rumah tangga dengan Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan Malaysia). Walhal hakikatnya, dia adalah isteri kepada Dato’ Sri Akbar Khan yang dinikahinya sejak dua tahun lalu (Camelia hanya membuat pengakuan mengenai statusnya di media massa pada pertengahan 2011).
Tahniah dan selamat berbahagia diucapkan kepada Datin Camelia dan suami tercinta, Dato’ Sri Akbar Khan atas kelahiran puteri sulung mereka. Semoga kehadiran si kecil ini menambahkan lagi kemanisan, menjadi penyeri rumah tangga yang dibina. Apapun, mari kita sama-sama menatap foto-foto keluarga bahagia Camelia ini.

0 Comments:

Post a Comment