Khamis, 3 November 2011

ToMoK BaKaL Jd DaDdY




Nampak gayanya rezeki si pemilik nama Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok semakin murah. Selepas menerima tawaran berlakon dalam filem “Istanbul…Aku Datang” arahan Benard Chauly, perkhabaran gembira mengenai kehamilan isterinya, Siti Rahayu Abas pastinya membuka lembaran manis dalam kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini.
Menurut akhbar online tempatan, Tomok menerima berita kehamilan isterinya sewaktu dia menjalani penggambaran filem tersebut di Istanbul. Meskipun agak terkejut juara One in Million ini menerima berita tersebut sebagai rezeki paling indah buatnya.
“Saya dapat tahu dia mengandung sewaktu di Istanbul. Ayu hantar gambar alat ujian kehamilan yang menu jukkan dia positif mengandung, dan selepas pulang dari sana saya terus bawa dia berjumpa doktor untuk sahkan perkara tersebut.


Saya memang tertalu teruja dan gembira bila pertama kali dengar isteri sudah mengandung, memang kami tidak pernah merancang tentang perkara ini tapi Ayu sememangnya mahukan anak secepat mungkin,” ujar Tomok lagi. Ketika ditanya tentang perkembangan isterinya pula, Tomok menyatakan isterinya dalam keadaan baik. Ayu tidak lagi mengalami alahan teruk, hanya muntah-muntah dan rasa tidak selesa.

0 Comments:

Post a Comment