Khamis, 20 Oktober 2011

“Saya Tunggu Masa Sahaja”



“Bila-bila masa sahaja saya akan melahirkan anak kedua ini,” kata Sari Yanti yang ditemui OHBULAN! di The Royale Chulan Hotel KL, lewat petang semalam. Sari Yanti yang turut ditemani suaminya, Mohd Eddy Casmady Che Hussein kelihatan senyum riang walaupun sarat membawa kandungan bersama. Tak henti-henti melemparkan senyuman, Sari Yanti sempat melayan beberapa pertanyaan wartawan OHBULAN! mengenai pengalamannya sepanjang kehamilan kedua.
“Pada awalnya ramai yang tak tahu saya mengandung. Banyak juga tawaran lakonan yang datang ketika itu, namun saya terpaksa tolak demi mengutamakan kandungan. Bagaimanapun, ada satu tawaran lakonan yang saya perlu jalankan kerana sudah pun terikat dengan kontrak. Kalau tak silap, ketika saya hamil sekitar 1-3 bulan,” ujar Sari Yanti mengenai tawaran lakonan ketika minggu kehamilan.
“Di awal kehamilan, seperti kebanyakan kaum ibu yang lain, saya turut mengalami rasa mual dan tidak sedap badan. Namun, lama-kelamaan ia kembali seperti normal. Oh ya, bayi dalam kandungan ini jantinanya lelaki,” tambah Sari Yanti, ibu kepada Barr Al Aliy yang kini berusia setahun dua bulan

0 Comments:

Post a Comment