Rabu, 26 Oktober 2011

Seringkali kita dengar bayi mati/cedera akibat kecuaian pengasuh/babysitter kan? kejadian tersebut juga pernah terjadi pdku sendiri satu ketika dahulu ketika bayi ku berumur 2 bulan 6 hari. Sedih mmg terlalu sedih sehingga kini krn anakku yg menanggung semua ini. Tipu klu aku kata aku x menitis air mata, Sesekali bila kotak fikiran ku melayang meningatkan masa depan darwisy pasti air mataku menitis satu demi satu. Namun di sebalik kejadian itu aku bersyukur krn Allah masih lg mberi aku peluang utk membesarkan darwisy dgn kedua tgnku ini. Allah msh panjng kan umur darwisy walaupun dia koma selama 12 hari & menginap di HKL selama 1 bulan. Allah msh mberi aku peluang utk bersama² darwisy. I'allah aku sentiasa berdoa & x putus2 doa aku agar putera ku sembuh & pulih sepenuhnya. ALhamduillah semakin hari aku semakin kuat mghadapi dugaan besar Allah turunkan buat aku. Spt janji ALLAH pd umatnya, i'allah setiap kejadian pasti ada hikmahNYa, setiap org yg bersabar pasti ada ganjaranNYa kan?, Allah xkan menguji keimanan kita melebihi kekuatan kita. Allah yakin kita kuat sbb tu dia turunkan ujian utk hamba² yg terpilih kan? Aku berharap satu hari nanti pasti ada keajaiban ALLAH SWT berlaku' I'allah. AMIN3X



Namun pernahkan anda terfikir tindakan yg diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yg cuai? Bg aku bak air dicurah ke daun keladi. X bermakna apa² klu kita membuat report, naik turun mahmakah tp akhirnya....? Mereka terlepas begitu shj. Habis sgt mereka kena denda RM jer kan? Bila kes sebegini terjadi maka aku secara x lansung kenal 2-3 org yg mengalami nasib yg sama dgn aku, malah lg teruk drp kes aku pun ada. sungguh tragis...

Pada siapa lg perlu diadukan??? Polis? JKM? Lawyer? Semua sudah namun sia² shj.
-------------------------------------------------------------------------------
Kat bwh ni adalah keratan yg aku dpt drp en gooogle tentang kes2 sebegini.


Bayi Mati Akibat Kecuaian Pengasuh






Bayi 7 bulan mati dipercayai kecuaian pengasuh BAYI lelaki berusia tujuh bulan, Nazrul Hakim meninggal dunia akibat mengalami pendarahan otak di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 4 Jun – Seorang lagi bayi meninggal dunia hari ini, tetapi kali ini bukan dibuang atau didera, sebaliknya dipercayai akibat kecuaian pengasuh.Bayi malang itu berusia tujuh bulan, Nazrul Hakim Nasir, disahkan meninggal dunia pukul 12.50 tengah hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pendarahan dalam kepala.Mangsa merupakan anak tunggal kepada pasangan Nasir Rajali, 27, dan seorang pelayan hotel yang dikenali sebagai Suriyani, 22, yang bekerja sebagai tukang bersih, masing-masing berasal dari Sarawak dan Indonesia.Dua hari sebelum itu, Nasir membawa anaknya ke Hospital Ampang selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pengasuh pada pukul 5 petang, bahawa anaknya mengalami kekejangan.Di situ, pihak hospital mengesahkan mangsa mengalami pendarahan di kepala dipercayai setelah terjatuh.Berikutan keadaannya yang tenat, mangsa kemudian dikejarkan ke HKL dan dirawat di Unit Rawatan Kecemasan (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhirnya tengah hari ini.Menurut ibu saudara kepada mangsa yang enggan dikenali, Nazrul Hakim sepatutnya boleh diselamatkan sekiranya pengasuh memaklumkan kejadian itu lebih awal.“Doktor memberitahu kami pendarahan dalam kepala bayi itu berlaku beberapa jam sebelum itu dan pengasuh lambat memaklumkan kepada kami dan tidak menghantarnya sendiri untuk menerima rawatan,” katanya di HKL hari ini.

Dia menambah, pengasuh wanita berusia 40-an itu bukan saja mengasuh tiga kanak-kanak kecil termasuk Nazrul Hakim, malah dia sendiri mempunyai lima orang anak.Katanya, mangsa dihantar ke rumah pengasuh itu yang terletak di blok bersebelahan sebuah pangsapuri di Ampang sejak dua bulan lalu selepas ibu bapanya berpindah ke situ.“Mereka membayar RM250 sebulan untuk khidmat pengasuh itu. Tidak disangka nasib malang menimpa anak buah saya di bawah jagaannya,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.“Bagaimanapun, polis masih menyiasat sekiranya wujud unsur jenayah selepas meneliti laporan penuh bedah siasat,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment