Khamis, 20 Oktober 2011


Sejak cerita JUVANA yg satu ketika dlu popular di kaca tv, aku suka tgk pelakon²nya spt JOhan ni, mmg muka kena ngan watak yg dia bawa....so kat cni aku ada post ksh panas bkaitan dgn diri dia baru2² ni. artikel di bwh aku copy drp ohbulan.
----------------------------------------------------------------------------------

Kecoh di sebuah akhbar tempatan mengenai Izreen Azminda terkilan dengan sikap Johan As’ari yang seperti kacang lupakan kulit, habis madu sepah dibuang.

Pelakon utama drama bersiri Juvana ini, juga popular dengan panggilan Botak dikatakan sudah melupakan persahabatan mereka berdua walaupun sebelum ini Izreen lah tempat Johan mengadu dan bertanya. Lebih-lebih lagi apabila Johan yang sibuk menjalani penggambaran Cinta Elysa bersama Fasha Sandha tidak menjawab panggilan dan tidak membalas mesej yang dihantar Izreen.


Setelah hampir seminggu menunggu kenyataan dari pelakon yang sedang meningkat naik ini, akhirnya wartawan OHBULAN! berjaya menemui Johan di majlis pelancaran Anugerah Skrin 2011 di Double Tree By Hilton, lewat petang semalam.



“Saya amat terkejut apabila dia membuat kenyataan sebegitu di surat khabar dan cakap saya culture shock. Selama ini saya hanya berfikiran positif dan tidak pernah terniat apa-apa dalam hati ini,” ujar Johan memulakan perbualan.


“Saya tak pernah pandang negatif pada senior-senior. Saya masih mahu belajar dan saya mahu orang lain senang berlakon dengan saya. Kenapa tak cakap face to face je dengan saya?” tambah Johan lagi.Johan turut menafikan gosip yang mengatakan dia dan Izreen sebelum ini pernah bercinta Saya anggap hubungan kami di set secara profesional. "Kami tidak bercinta, hanya kawan rapat". Sekiranya kami ada hubungan cinta, kenapa dia tidak menghubungi saya terus?
“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan, saya pun masih baru dalam industri ini. Saya tidak mahu diri ini hanya popular dengan kontroversi dan perjalanan saya pun masih lagi jauh. Mungkin akan datang kami masih perlu bekerjasama,” ujar Johan mengakhiri perbualan.
Johan As’ari baru sahaja selesai menjalani penggambaran Jalan Songsang bersama Sheila Rusly. Gambar terbaru Johan As’ari selepas ini.

0 Comments:

Post a Comment