Isnin, 13 Jun 2011

Sedikit Info



Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik. Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak.. antaranya:-



1. KEBANYAKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP
Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lebih daripada cukup susu. Alasan biasa bayi tidak mendapat susu kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.

2. TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak mendapat susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran, payudara anda tidak mengeluarkan susu yg banyak, yang hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibu yang pekat. Bekalan susu yang diterima di dalam perut ibu sebelum keluar adalah cukup untuk bayi selama 3 hingga 4 hari. Itulah sebab mengapa bayi yang dibuang / ditinggalkan masih boleh bertahan hidup walaupun memakan hari. Rengekan bayi hanyalah kerana peralihan daripada dunia gelap sempit perut ibu kepada dunia luar yang luas, mereka perlukan sokongan kasih sayang yang disalukan melalui tali pusat di dalam perut ibu dan susu ibu di dunia luar.

3. BAYI PERLU BERADA SELAMA 20 MINIT DISETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul. Bagaimanapun, perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'. Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara, dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur, serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara, maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.

4. BAYI YANG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susu ibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi yang cukup untuk menampung keperluan bayi. Bayi tidak perlu meminum atau memakan apa-apa selain susu ibu selagi umurnya tidak mencecah 6 bulan.

5. BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin D ketika dalam kandungan)

6. IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
Susu ibu melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Minyak pada puting susu ibu dijadikan perlindungan antibakteria semulajadi. Membasuh puting sebelum menyusukan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan daripada puting.

7. MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
Tidak. Berapa banyak susu yang boleh dipam bergantung kepada banyak faktor paras tekanan si ibu. Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yg dipam oleh ibu. Ini kerana lidah bayi mengandungi pemangkin semulajadi untuk memberi signal kepada otak ibu bagi menghasilkan hormon prolaktin yang membantu menghasilkan susu ibu.

8. WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Sekiranya ibu dan anak masih mahu, penyusuan boleh diteruskan. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila hamil kerana puting terasa sakit atau atas sbb-sbb lain tetapi dari segi perubatan tiada sebab utk tergesa-gesa memberhentikan penyusuan.

9. JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH ATAU TIDAK BERAK, IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara.. tetapi teruskan penyusuan. Adalah normal bagi bayi bawah 6 bulan yang tidak berak berhari-hari kerana tubuh bayi telah menyerap segala kandungan vitamin dan air dalam susu ibu. Ibu hanya perlu memantau suhu badan dan perilaku anak sekiranya ada apa-apa perubahan. Pastikan berjumpa dengan doktor yang menyokong penyusuan susu ibu untuk pemantauan. Teruskan penyusuan seperti biasa.

10. LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bagi sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dengan betul. Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yang teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu. Contoh paling senang ketika hendak bermastautin dan keluar berjalan-jalan, ketika di rumah pengasuh atau nurseri berlaku insiden tertukar susu, dan sewaktu bayi bangun malam untuk menyusu.

0 Comments:

Post a Comment