Ahad, 17 April 2011

Doa SeoRaNg IbU




Ya Allah Ya Tuhanku. KAU tabahkanlah hatiku utk mengharungi & menempuhi setiap dugaan yg KAU berikan pdku. Aku tak mampu lagi mengharungi dugaan demi dugaan. KAU selamatkan lah mereka² yg aku syg. Sesungguhnya aku hanya terlalu lemah utk menghadapi semua ini. Sembuhkanlah anakku PUTERA HARRAZ DARWISY seperti sediakala. "Tiada penyembuhan selain penyembuhanMU ya allah, penyembuhan yg tidak meninggalkan kesan." Amin



Tika, saat, detik ini sya sll mendoakan agar putera saya sembuh spt sediakala. sya mmg berharap agar ada keajaiban tuhan. kekuatan & dorongan drp org sekeliling amat3x sya perlukan. tatkala sya mbaca msg/sms/kata² smngat sya akn menitis air mata. semangat sya sedikit sebanyak semakin kuat sya rasakan. betapa rmai yg mendoakan putera sya agr pulih spt sediakala. semakin rmai yg mendoakan semakin cerah peluang putera sya utk pulih' i'allah. rsa seperti ingin mjerit utk ucapkan terima kasih pd dunia agar semua yg mendoakan putera sya.
-------------------------------------------------------------------------------------------




Doa, satu perkara yang tidak asing lagi buat kita. Kita sentiasa berdoa memohon sesuatu kepada Allah s.w.t tetapi tidak semua doa kita dimakbulkan oleh-Nya. Dan apabila tidak dimakbulkan, kita mudah sangat mengeluh. Itulah hakikat manusia sekarang.



Sejauh Mana Pengorbanan dalam Memohon Doa?



Hakikatnya, jika kita tidak berdoa pun Allah sudah tahu semua isi hati kita tetapi sejauh mana kita berkorban dalam memohon sesuatu, itulah yang mahu dilihat dan diuji oleh-Nya. Jadi, mengapa kita sentiasa perlu berdoa? Ini sebagai menunjukkan kita sebagai hambanya yang serba kekurangan yang sentiasa memohon dan meminta pertolongan daripada-Nya.



Tetapi mengapa doa kita tak termakbul? Cuba kita pandang diri kita elok-elok. Sejauh mana kita menurut perintah-Nya, melakukan suruhan-Nya. Sejauh mana kita mengabdikan diri kepada-Nya? Ada kita semua pikir?



Yang kita tahu hanya mengeluh jika hajat tak sampai. Ingatlah, dugaan menjadi semakin kuat apabila kita semakin dekat kepasa Allah. Ini menunjukkan Allah amat menyayangi hambanya yang sentiasa ikhlas dan tabah dalam setiap ujian yang diberikan oleh-Nya.



Sentiasa Berdoa



Doa adalah senjata umat Islam. Doa adalah perlu dalam menjalani kehidupan dunia dan tentunya untuk menempuh kehidupan di akhirat yang kekal selamanya dan seterusnya menyerah diri dan segala-galanya kepada Allah dengan tetap melakukan kebajikan dan amal ibadat. Ini kerana doa adalah menunjukkan kehambaan kita kepada Allah. Disamping ia mengajar kita untuk bersabar. Namun, sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah, kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya.



Ini sesuai dengan ayat-ayat Allah dalam Al Quran:



"Hanya Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus., yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukannya jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat" (Al-Fatihah: Ayat 5,6 dan 7)



"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)




--------------------------------------------------------------------------------


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186) Allah Sentiasa Ada dan Sentiasa Maha Mendengar Mintalah, tidak semestinya dengan berbahasa arab. Mintalah dengan doa yang kita fahami maksudnya agar ia lebih datang dari hati sendiri. Gunakanlah doa-doa dari Al-Quran, doa-doa yang digunakan oleh Para Nabi Allah Swt. Mintalah apa sahaja dengan hati yang ikhlas, tenang, rendah diri, dan berbaik sangka kepada Allah Swt. Sentiasalah berdoa kepada Allah Swt dalam seharian, tidak kira untuk apa dan di mana. Hati itu hidup seandainya ada ikatan akidah yang kuat kepada Allah Swt. Itulah seteguh-teguh ikatan dan komunikasi. Berdoa merupakan suatu ibadah, kerana dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan.




Berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah solat, zakat, dan puasa.




Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia sebagaimana yang diinginkan. Walau berliku berliku mana pun hulu sungai itu, pasti akan sampai ke laut masin juga. Begitu juga hidup ini. Ada naik, ada turunnya. Sehebat mana kita merancang pun... destinasi akhirnya telah ditulis awal-awal lagi olehNya.



-------------------------------------------------------------------------------------------- * Di kesempatan kali ini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dia atas segala doa, sokongan, sumbangan yg x putus drp family, sedara-mara, sahabat handal, kenalan ( Ahli KIM, kenalan FB dll) jauh mahupun dkt, yg mengenali & tdk mengenali sekalipun. moga Allah SWT sentiasa merahmati kalian.

0 Comments:

Post a Comment