Isnin, 6 Jun 2016




ni la dari slh satu xtvt mingguan ank syurga saya ni. selain bersenam, kerkuda, berenang juga perlu utk stimulate otot2 nya. lelama dlm air lembut je kaki tgn dia. gud job my hero!

**Teruskan berdoa moga ada keajaiban allah swt utk darwisy menjalani kehidupan normal spt kanak2 lain. insyallah. AMIN

Khamis, 25 Februari 2016

Perancangan Allah adalah Terbaik


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk Diriku + Dirimu = Kita Semua

Sahabat2, semua daripada kita pernah merancang kan? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.

Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang,
Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?
Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.


Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!

Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.

Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

Reda dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

Di dalam setiap perancangan itu, sertakanlah dengan doa pada Allah. Reda lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!


" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Redha adalah jalan terbaikNya. Moga aku & baby dipermudahkan segalanyaInsyallah amin

Isnin, 18 Januari 2016


 
AL-FATIHAH....Kembalinya anak syurga ini kpd Sang Penciptanya tanggal 18/01/2016 tanpa sebarang tanda & pesan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Tiada yg tertgl walau sesaaat apabila tiba masanya. Janji Allah it pasti. Melihat wahai ibu & ayahnya yg begitu tenang atas pemergian ank syurga mereka...terdetik di hati "adakah aku akan setenang mereka?', adakah aku dpt menerima pemergian darwisy satu hari nanti?'. tak pernah terfikir lg darwisy akan pergi meninggalkan kami sekeluarga. Rasanya aku xsanggup kehilangan darwisy. Harapan aku masih menggunung DARWISY SEMBUH & DPT BERDIKARI SENDIRI'', insyallah itu harapan & doa kami seharian yg xpenah putus. Kami mengharapkan keajaiban Alah SWT. Semoga satu hari nanti darwisy akan kembali tersenyum, bertutur, melihat kami sbg ibu bapa & ahli keluarganya serta memberi respons kpd kami apabila diagah @ diajak berborak.


Tapi siapalah aku utk menolak segala kemungkinan yg telah diaturkan Allah. Andainya aku kehilangan darwisy biarlah ketika itu aku benar2 redha & tenang semahu-mahunya. 

Selasa, 8 Disember 2015

Tabik spring kat bapak2 yg sporting

Time ni ibu bapa diber peluang manghabiskan masa bersama tanpa anak².


Bersama ibu bapa & ahli² syurga


antara superdad yg hadir

Kebetulan hari ni 29/12/2015 (ahad) adalah hari ulangthn kelahiran Darwisy yg ke 5. Terima kasih kpd pihak yg sponser kek utk Darwisy. Mga allah murahkan rezeki kamu. Insyallah


adik ipar dr Kedah dtg singgah ke CH join gathering

si kakak terlibat dgn program melawat keindahan alam semulajadi dll


27-29/11/2015 program semarak kasih anjuran M.O.Ms telah Berjaya mengumpulkan lbh krg 31 buah keluarga yg mempunyai anak² istimewa dari pelbagai latar belakang & pelbagai negeri. Dari utara ke selatan.  Seronok dpt bertemu berkongsi kisah suka duka bersama dlm membesarkan ank² istimewa ini. Hanya kami yg memahamai antara kami.

Selasa, 15 September 2015

happy  besdayt to my princess. moga jd ank yg solehah, bjaya dunia akhirat







Isnin, 31 Ogos 2015



 

29-31/08/2015
Cameron Hoghlands, Pahang

Rabu, 24 Jun 2015





















Selasa, 26 Mei 2015


Sabtu, 21 Mac 2015

Entahlah hari ini rasa kecewa sangat, sepatutnya mulakan hari dengan senyuman tetapi bertukar trajedi. Hati ini terasa kesal sangat, orang yang kita percaya, di depan kita sangat baik tapi di belakang kita ? bagaikan harimau tidak mendapatkan makanannya. Depan kita kemain lagi tekun mendengar cerita, menasihati kita dengan kata-kata semangat. Di belakang ? apa yang di dengar itu di sampaikan benda yang lain, apa yang di pertuturkan itu dengan ayat yang lain, intonasi yang lain dan maksud yang lain. Jadi seolah-olah kita yang salah dan anggap kita yang melakukan keburukan ? ini pengajaran untuk diri ini, jangan sewenang-wenangnya bercerita dengan orang walaupun dia kawan kita, jangan dengan mudah mempercayai orang lain belum tentu apa yang kita cuba sampaikan itu di fahami dan di terjemahkan dalam bentuk ayat yang berbeza dan untuk memecahbelah perhubungan yang sedia ada. Wajah yang baik tidak semestinya mampu membuktikan perwatakan yang baik juga, di depan mampu tersenyum dengan mesra dengan kita tetapi di belakang ? kutukan dan hinaan di berikan , janganlah menjadi langgau yang membusukkan daging andai tidak mampu mampu membuat daging bertahan. Lebih baik ada musuh yang mengaku dia benci kita daripada ada kawan baik yang mengaku sayang kita tapi belakang kita, kutuk-kutuk kita.Teruskankan bermuka-muka dan teruskan menyampaikan untuk niat memecahbelahkan perhubungan yang sedia ada . Semoga Allah merahmatimu dan semoga Allah berikan petunjuk kepada kamu. Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.” (Hadis Riwayat  Abu Daud)Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Khamis, 12 Februari 2015



Alhamdulillah dimurahkan rezeki allah untuk ank syurga saya ini. Syukur x terkaya dengan kurniaan & dipermudahkan sgla urusann untuk memiliki young living oils utk anak syurga ni. YL ni sedikit sebanyak dpt membantu melembutkan tulang2 & oto2 yg stif, membantu tidur yg lbh baik & mcm2 lg. Bukan utk insan istimewa je untuk tipikal pun bleh. mcm2 kegunaan.

#usahaselagitermampu
#anaksyurga
#youngliving

;;